![]() |
Tenang,
walau mata terbuka luas
dahulu hanya apabila hilang
apabila khayal
apabila sakit,
apabila kuku terbenam pada isi
ditarik perlahan
merah
kerna perlu melihat
untuk faham
sampai penagih lega hati
Tenang,
walau mata terbuka luas
dahulu hanya apabila pasti
apabila yakin
apabila dalam tangan,
apabila sejuk menggigil kesedapan
mengawal sendiri jalan
tidak berserah
menjadi si derhaka
yang paling celaka
Tenang,
walau mata terbuka luas
kerna sudah pulang
selepas hilang
kerna sudah faham
rasa hati dikawal sendiri
Tenang,
walau mata terbuka luas
kerna sudah sedar
gelap selalu bertemankan cahaya
mana yang dipilih itu
digenggam pedas sekuat hati
kian membara
menjadi lebih sakti
Jadi pilihlah
Photo: Tumblr
Photo: Tumblr


No comments
ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!