Dia si pembuat kopi
sukakan kopi
Dia si penulis puisi
sukakan puisi
Suka maksudnya mampu
untuk menahan kerenah
kopi dan puisi
Walau pahit
kau cari rasa manis
Walau sukar
kau gambarkan juga
dengan semua perkataan
yang ada dalam kamusmu
Suka maksudnya sanggup
bersusah payah
belajar tentangnya
kerana ingin menjadi pakar
Walau penat berdiri
dibasahi keringat
Saat kan bertukar menjadi hari
bertukar menjadi tahun
Jadi sebelum terlanjur
mengubah suka menjadi cinta
aku mahu kau bertanya
seribu kali dalam gelap
cahaya datang dalam bentuk apa?
bukan kerana ada keraguan
tapi kerana sesalmu itu
hantu durjana
dan kerana ayat-ayat puisiku
dibaca serak
jujur terdedah
takkan bisu lagi
selepas pulang


No comments
ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!