di kota Italy ini
dengan biskut amaretti
makaroni chesee
brokoli manis
dengan tulisan janji-janji yang kita ukir di atas toilet paper
mengunakan sos spagetti atau kopi
aku tak ingat
yang aku ingat ialah pesananmu yang mahu aku tinggal lama-lama di sebuah rumah yang nampak bahagia dan bilik kuning-kuning bintang yang terhias dari mimpi kita
di kota Italy ini
![]() |
| Source: Ultrahome |
dan kau kata "You’re just letting me win,"
entah
kerana melihatmu seorang perempuan yang senyum
yang menang dalam apa-apapun cerita atau perlumbaan
sudah memenuhi kota-kota yang terasing bahkan membenamkan dengungan sepi
malah kita bersependapat;
apabila disuruh memilih untuk let go
kita memilih untuk menjadikan mimpi adalah paling dunia daripada sedar dan
kopi pada waktu pagi
mee goreng masakan ibu
lagu-lagu melancholic
baju pajama
peluh dan kerja
adalah pathetic-bad-bedtime stories
yang kita tidak pernah mahu selama ini.


No comments
ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!