![]() |
| Source: Tumblr |
Sejauh mana bawak diri, kenangan tetap ada ikut sama.
Kehidupan ini serba tidak berasas keadilannya. Bukan pula aku mempertikai ketentuanNya, tapi aku mahu kita mempersiap diri. Tidak semua permulaan itu berhasil dengan keberjayaan. Sebenarnya kita selalu disakiti dengan pengharapan. Itu tidak bodoh, cuma kurang bijak memperlaksana kesiapan diri.
Walhal kita bukan malaikat cuman manusia biasa, menyakiti sebilangan orang itu ya berkemungkinan pasti terjadi. Dan kita selalu berpengaharapan kita itu tidak akan di sakiti oleh orang yang kita begitu kasihi.
Sedar diri; orang yang kita kasihi itulah yang berpotensi lebih menyakiti dan melukakan lebih dalam diperbanding dengan yang mereka yang kita sekadar kenal.
Ini aku mahu perjelaskan; kalau tidak kau mempersiap perisai kekuatan, kenangan bakal membunuh kau.


so true! <3
ReplyDelete😥
Delete